Friday, March 19, 2010

B.F.F.

Kasih seorang yang digelar kawan tiada tandingannya

Seorang yang digelar kawan sanggup bersedih demi menjaga hatimu

Seorang yang digelar kawan sanggup berkorban demi kebahagiaanmu

Seorang yang digelar kawan akan melakukan apa saja untuk menghiburkan hatimu dikala kamu dalam kesedihan dan kedukaan

Seorang yang digelar kawan akan berada disisimu setiap waktu pabila kamu memerlukannya

Seorang yang digelar kawan akan menangis tika kamu bersedih dan ketawa tika kamu gembira
Seorang yang digelar kawan sentiasa akan ada masa untukmu walau sesibuk mana sekalipun

Seorang yang digelar kawan akan sentiasa menghulurkan tangannya dikala kamu memerlukan bantuan

Seorang yang digelar kawan tidak mengenal erti berkira didalam kamus kehidupannya pabila dia dengan kamu

Seorang yang digelar kawan tidak akan ada tarikh luputnya

Seorang yang digelar kawan ini susah sekali hendak ditemui

Kawan memanglah ramai tetapi seorang yang digelar kawan baik hidup dan akhirat senang ke nak dapat?
Jadilah seorang kawan yang digelar seperti diatas~~

9 comments:

Hanizah Arifin said...

sweet budak tuh mkn sekerim..sedap....:)...

Sherry Dalilla said...

ngehehehe..anak cine mkn sekerim..

BiB said...

Carilah kawan yang sentiasa bersama di kala susah dan senang. Yang boleh berkongsi kegembiraan dan kedukaan.
Bukan kawan yang tidak mahu berkongsi kegembiraan.
Bukan kawan yang sentiasa memberi harapan palsu (walaupun dirinya rasa dirinya tidak memberi sebarang harapan... piiirahhh).
Bukan kawan yang memburukkan kawannya ketika ketegangan berlaku.
Bukan kawan yang susah mengungkapkan maaf walaupun bukan kesalahannya.
Bukan kawan yang sentiasa menganggap dirinya betul.
Bukan kawan yang terlalu defensive kepada dirinya sendiri.
~ for each person, they know where they belong to...

Sherry Dalilla said...

hehehe..mcm padan je dgn seseorg tuh.nice one bib!!~~

Anonymous said...

tak baik tau kutuk org,

Anonymous said...

aeleh...
relaks la..aku tak rase pun macam bende ni nak magutuk sesape..tak de name pelaku pun? ehehhe..
Ko terase ek?hahaha...Insaf2 lah

Hanizah Arifin said...

terasa ke? berani letak nama lah....

Sherry Dalilla said...

eh..anonymous terase ke??

BiB said...

Anonymous 1: Tak kutuk. Blog ni semua kawan2 Sherry boleh baca. Aku kalo cakap terus-terang depan org cmni, ada yg jadi permusuhan besar. Mahu buat dosa kering tak bertegur-sapa lebih 3 hari. So, siapa yang terasa tu, silalah improvekan diri anda. Kalau terasa bersalah, mintalah maaf yaa. Bukan buat don't know jer ataupon still merasakan diri sendiri tidak bersalah (hati batu apaaa...)
Anonymous 2: Saya setuju. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya...
Sherry: Sorry. Tmpt ni jadi medan pertelingkahan
Niza: Sila2 mengaku sapa yang terasa... heheee